Hishammuddin bangga, hargai Tentera Darat Malaysia 

Hishammuddin bangga, hargai Tentera Darat Malaysia 

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan penghargaan dan berbangga dengan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ia berikutan kesungguhan TDM melalui Kor Kesihatan Diraja yang sentiasa sanggup merisikokan diri dan bertugas demi membantu pasukan Kementerian Kesihatan memerangi Covid-19.

“Alhamdulillah, dengan kepakaran pasukan perubatan ATM, seramai 944 pesakit Covid-19 telah menerima rawatan di Hospital Medan yang mana 877 telah sembuh sekali gus dibenarkan pulang.

“Semestinya, usaha sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan ini akan terus diperkukuh. 

“Saya telah sebut baru-baru ini bahawa Hospital Medan akan segera ditambah di negeri-negeri yang memerlukan. ATM kini hanya tunggu lampu hijau Kementerian Kesihatan untuk diaturgerak,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, hari ini genap hari ke-79 hospital medan ATM beroperasi di Hospital Sultanah Aminah, Johor dengan kapasiti 80 katil biasa dan empat katil unit rawatan rapi sejak dibuka pada 21 Jun lalu. 

“Covid-19 ialah musuh negara. Menerusi apa jua cara, ATM akan peranginya demi nyawa rakyat, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan tanah air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN