Hakim cipta sensasi di Itali - Utusan Malaysia

Hakim cipta sensasi di Itali

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli (tengah) mencipta sejarah litar Pamposa yang menjadi venue bagi penganjuran saingan Ohvale Coppa Italia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli mencipta sejarah tersendiri di Itali apabila menakluk litar Pamposa yang menjadi venue bagi penganjuran saingan Ohvale Coppa Italia, kelmarin.

Hakim yang beraksi menerusi tiket wildcard mewakili SIC Racing berjaya memenangi kedua-dua Perlumbaan 1 dan 2 dalam kelas GP-2 190 Junior.

Lebih manis, pelumba berusia 14 tahun itu, turut mencipta rekod sepusingan terbaik litar iaitu pada sesi kelayakan dengan catatan 1 minit 1.391 saat (s) sebelum memperbaharui sekali lagi pada aksi Perlumbaan 1 iaitu 1:01.270s.

Perlumbaan pertama pusingan keempat Ohvale Coppa Italia menyaksikan Hakim meraih tempat pertama sekali gus mengetepikan pencabar Thomas Bonomi dari pasukan CMV, manakala Davide Ferrazi (Dolomiti Corse) melengkapkan podium di tempat ketiga.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu sekali lagi muncul juara pada Perlumbaan 2 untuk sekali lagi menewaskan Ferrazi dan pencabar rapatnya di tempat ketiga, Lorenzo La Sorsa dari Settimoto.

“Perasaan saya sungguh gembira dapat berlumba dalam saingan Coppa Italia kerana di sini saya berpeluang untuk menimba pengalaman berharga yang sangat penting buat karier saya.

“Saya juga gembira dapat bergaul dengan pelumba Itali yang bagi saya mereka sangat baik walaupun pertama kali bertemu. Saya gembira berkawan dengan mereka,” katanya.

Hakim pada musim ini telah menyertai saingan penuh Asia Talent Cup (ATC) dan European Talent Cup (ETC).

Pada penyertaannya di ATC setakat ini, Hakim sudah menaiki tiga pentas podium dengan penamat di tempat ketiga dalam empat pusingan musim ini dan mengumpul 57 mata untuk berada di tangga keempat keseluruhan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya