Ganti bancuhan simen dengan daun ketum - Utusan Malaysia

Ganti bancuhan simen dengan daun ketum

SHAFIEN Mamat (dua kiri) bersama pegawai lain menunjukkan bungkusan berisi daun ketum yang dirampas dari lori tangki simen di SJR Chetok, Pasir Mas, Kelantan hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tangki sebuah lori yang disangka berisi bancuhan simen, rupa-rupanya dipenuhi 550 bungkusan hitam berisi daun ketum seberat 5.56 tan dengan nilai jualan mencecah hampir RM200,000.

Taktik licik dua lelaki menyembunyikannya dalam tangki lori simen itu, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran bagaimanapun terbongkar ketika mereka ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Chetok, di sini pukul 3.15 pagi ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, operasi rampasan ketum yang diangkut menggunakan modus operandi terbaharu itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat pada pukul 1 pagi.

“Lori tersebut  ditahan pada pukul 3.15 pagi ini ketika melalui SJR Chetok. Pemeriksaan ke atas tangkinya mendapati ia berisi bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun-daun ketum.

“Sehubungan itu kita menahan pemandu dan kelindan lori yang masing-masing berusia 35 dan 45 tahun untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.

Shafien memberitahu, pemeriksaan terperinci mendapati lori tangki simen terbabit membawa 550 bungkusan daun ketum dari Kedah dengan setiap satunya seberat 10 kilogram manakala nilai keseluruhah dianggarkan mencecah RM200,000.

“Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati pemilik lori berusia 35 tahun positif dadah manakala kelindannya pula didapati mempunyai rekod jenayah. Siasatan awal mendapati Pasir Mas dijadikan sebagai lokasi transit untuk diseludup ke negara jiran.

“Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan itu,” ujarnya.

Difahamkan, sebagai habuan membawa barang terlarang itu, kedua-dua suspek menerima upah sebanyak RM3,000 untuk perjalanan satu hala. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya