Dua beradik ditemukan merayau bersendirian diserah kepada ibu

Dua beradik ditemukan merayau bersendirian diserahkan kepada ibunya

DUA beradik yang ditemukan merayau bersendirian di sebuah taman perumahan di Taman Desa Setapak dekat sini semalam telah diserahkan kepada ibunya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beradik yang ditemukan merayau bersendirian di sebuah taman perumahan di Taman Desa Setapak dekat sini semalam telah diserahkan kepada ibunya.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian petang semalam, dua beradik berusia dua dan empat tahun itu telah keluar bermain di sekitar kawasan rumahnya

Kata beliau, tanpa disedari dua beradik berkenaan telah merayau keluar dari rumah mereka ketika ibunya sedang menunaikan solat.

“Kanak-kanak itu telah ditemukan oleh orang awam sebelum menyerahkan mereka ke Balai Polis Wangsa Maju, dekat sini.

“Susulan itu, pihak polis bertindak mengesan penjaga kanak-kanak berkenaan sebelum menyerahkan mereka semula,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Ashari, dua kanak-kanak berkenaan tinggal bersama ibunya manakala bapa mereka sedang jalani hukuman penjara berkait kes dadah. 

Terdahulu, tular gambar dua beradik berkenaan telah dibawa ke balai polis selepas  ditemukan oleh orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya