Dokumentasi bawa pulang Sajat dilengkapkan - PDRM - Utusan Malaysia

Dokumentasi bawa pulang Sajat dilengkapkan – PDRM

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan dokumentasi sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand bagi membawa pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar bagi membolehkan proses membawa pulang  Muhammad Sajjad  berjalan lancar.

Katanya, tindakan itu bagi memberi kuasa kepada kepada PDRM untuk membolehkan Muhammad Sajjad dibawa pulang mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Berdasarkan maklumat kita terima Muhammad Sajjad memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand bahawa dirinya adalah pelarian selepas memiliki kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya dalam sidang akhbar di Rawang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abd. Jalil turut menasihatkan Muhammad Sajjad supaya pulang secara baik bagi membolehkan pendakwaan kes yang sedang dihadapinya dapat diselesaikan.

“Seperti mana yang dinyatakan oleh bekas ketua polis terdahulu, kes Nur Sajat ini bukan kes besar. Jadi  saya hendak menasihatkan bahawa ini bukan kes besar dan pulang secara baik bagi memudahkan kes pendakwaannya,” ujarnya.

Media semalam melaporkan PDRM mengesahkan Nur Sajat ditangkap oleh pihak imigresen Thailand pada pukul 6 petang, 8 September lalu.

Abd. Jalil dilaporkan berkata, usahawan kosmetik itu ditahan atas kesalahan memiliki pasport tidak sah.

“Pada 9 September lalu, Sajat telah dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda.

“Nur Sajat turut dikehendaki di Malaysia bersabit Seksyen, Repot: 345/2021 di bawah Seksyen 185 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya