“Bukan sembarangan rapper” -Laungan azan Kmy Kmo curi perhatian warganet - Utusan Malaysia

“Bukan sembarangan rapper” -Laungan azan Kmy Kmo curi perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap terkenal, Kmy Kmo mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu video ketika dia sedang melaungkan azan.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Neraca itu dilihat melaungkan sebuah azan kerana bakal memasuki rumah baru bersama keluarga kecilnya.

Menurut Kmy, itu adalah salah satu petua daripada bapanya yang sentiasa disemat sehingga kini.

“Rapper azan tambah membawa keluarga pindah rumah baharu. Terima kasih abah untuk petua yang sentiasa dibawa bersama hingga kini.

“Alhamdulillah, syukur rezeki Allah untuk isteri dan anak-anak,” katanya di Instagram.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menitipkan pujian dan menzahirkan kekaguman mereka buat penyanyi rap itu yang bukan sahaja hebat menyanyi rap.

Malah, turut meruntun jiwa mereka dengan kemerduan apabila mendengar dia melaungkan azan di ruang tamu rumah baharunya itu.

“Merdunya suara abang Kmy azan. Bukan sembarangan rapper ini,” komen seorang pengikut.

“MasyaAllah, syukur Alhamdulillah. Azan yang sangat baik. Semoga kita semua sentiasa dipeliharaNya,” tambah seorang warganet.

“Sedap suara abang, semoga sentiasa dalam lindungan Allah di kediaman baharu,” tulis pengikutnya menerusi ruangan komen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya