Saran pelancong buat ujian saringan ketika pulang dari Langkawi

Buat ujian saringan ketika pulang dari Langkawi

PENUMPANG feri dari Pulau Langkawi yang tiba di Terminal Feri Kuala Perlis hari ini. - FOTO/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri menggesa kementerian atau urus setia berkaitan dengan projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi untuk mempertimbangkan keperluan melakukan ujian pengesanan Covid-19 sekali lagi apabila pelancong pulang dari pulau itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Asmaiza Ahmad berkata, langkah tersebut bagi memastikan kesihatan mereka berada pada tahap baik apabila singgah ke negeri ini setelah pulang dari percutian tersebut.

Katanya, difahamkan ujian pengesanan Covid-19 tidak dilakukan di Jeti Kuah walaupun pelancong sudah tinggal di sini selama tiga hari.

“Untuk proses ujian pengesanan Covid-19 di sini digunapakai sehingga 48 jam. Kalau mereka tinggal di sana dalam tiga hari mereka perlulah mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang dilakukan di sini.

“Bagi yang membuat perjalanan balik hari mungkin tidak ada masalah. Jika ujian tersebut dijalankan maka apabila mereka pulang ke sini dalam keadaan selamat dan boleh ke mana-mana sahaja,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Terminal Feri Kuala Perlis, di sini hari ini.

Sementara itu, Asmaiza berkata, tinjauan ke terminal feri pada hari ini mendapati keadaan lebih tersusun dan penumpang yang datang juga lebih bersedia serta tidak ada yang beratur panjang seperti semalam.

Menurutnya, situasi yang berlaku semalam mungkin kerana ia adalah perkara yang baharu dan mungkin orang ramai panik dan tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan.

“Saya harap perkembangan ini akan berterusan dan orang ramai janganlah rasa terbeban untuk mengikut SOP yang ditetapkan kerana ini adalah untuk menjaga diri sendiri dan orang lain.

“Ini kerana, kita sudah mahu masuk dalam keadaan yang dipanggil endemik yang mana kita kena hidup bersama-sama dengan benda ini (Covid-19),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya