Bantuan kediaman kepada golongan terkesan Covid-19

Bantuan kediaman kepada golongan terkesan Covid-19

REEZAL Merican Naina Merican bercakap dalam sidang akhbar di KPKT, Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyediakan bantuan kediaman kepada golongan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 pada kadar sewaan paling minimum untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, maklumat lanjut inisiatif bantuan kediaman berkenaan akan diumumkan Isnin ini.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lepas memberi impak besar kepada sudut ekonomi rakyat sehingga ada yang hilang pekerjaan dan tidak mampu menampung perbelanjaan harian serta membayar sewa kediaman masing-masing.

“Mereka ini semua adalah dari golongan penjaja, peniaga kecil dan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR). 

“Bukan sahaja kehilangan kerja malah ada antaranya kehilangan kediaman apabila tidak mampu bayar sewa,” katanya pada sidang akhbar sulungnya di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.

Menurutnya lagi, perkara tersebut merupakan salah satu daripada agenda yang menjadi fokus utama selain mempercepatkan proses pemberian suntikan vaksin dalam kalangan penghuni PPR dan penjaja kecil.

Katanya, kementerian akan meneruskan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK 2.0) dengan memfokuskan kepada penghuni PPR dan peniaga kecil di enam negeri yang kadar vaksinasinya rendah iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah.

“Bagi tujuan itu, saya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan mengenai tambahan bekalan vaksin untuk meningkatkan kadar pemberian suntikan vaksin menerusi MOVAK 2.0.

“Ketika ini saya meminta pegawai saya menyediakan data mengenai golongan sasar yang masih belum mendapat vaksinasi iaitu mereka yang tinggal di 140 PPR seluruh negara dan peniaga kecil,” katanya.

Program MOVAK yang dilancarkan pada Jun lepas merupakan kerjasama antara KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara bagi membantu proses pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat terutamanya masyarakat luar bandar.

Reezal Merican berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan telah membekalkan 80,000 dos suntikan vaksin untuk program MOVAK.

“Sehingga kini seramai 33,000 golongan sasar di seluruh negara telah menerima suntikan tersebut, baki 7,000 golongan sasar akan terima dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya