KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kembali mempengerusikan majlis persidangan Dewan Rakyat.
Beliau menjelaskan tindakan itu selepas diminta oleh Speaker Datuk Azhar Azizan Harun untuk menggalas jawatan Timbalan Speaker buat sementara waktu.
“Saya nak maklum saya telah diminta oleh Spekaer di bawah peraturan mesyuarat 7 (3) pengerusi mesyuarat bagi sementara waktu,” kata Azalina secara ringkas menjelaskan keadaan itu. – UTUSAN










