Al-Quran di Surau Taman Setia Bakti dikoyak, dibuang di semak - Utusan Malaysia

Al-Quran di Surau Taman Setia Bakti dikoyak, dibuang di semak

BEBERAPA al-Quran yang dikoyakkan dan dibuang di kawasan semak di Surau Taman Setia Bakti di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kejadian khianat di Surau Taman Setia Bakti di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini makin melampau apabila beberapa al-Quran dikoyak dan dibuang di kawasan semak, hari ini.

Lebih menyedihkan ruangan solat di surau berkenaan turut dicemari najis manusia di atas sejadah di samping kesan air kencing pada dinding.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu disedari bilalnya, Mohd. Azhar Mat Ghani, 43, ketika tiba di lokasi tersebut untuk melaungkan azan Subuh, kira-kira pukul 5.30 pagi ini.

Mohd. Azhar yang terkejut dengan bau busuk itu kemudian meminta isterinya bersama jemaah lain membuat pemeriksaan di kawasan sekitar.

“Rak al-Quran kosong dengan beberapa naskah dikoyak dan dibuang di kawasan semak.

“Kejadian khianat ini merupakan yang kedua dengan kes pertama pada Julai lalu apabila beberapa kitab tafsir dan al-Quran dicincang tetapi tiada laporan polis dibuat kerana kita menganggap perbuatan itu tidak serius, namun kali ini ia benar-benar sudah melampau,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 295 dan 497 di bawah Kanun Keseksaan.

Katanya, pengadu memberitahu surau yang terletak antara 20 hingga 30 meter dari kediaman penduduk itu ditutup sejurus selepas selesai solat Isyak, kira-kira pukul 9.15 malam.

“Pengadu yang merupakan orang pertama ke surau pagi ini mendapati premis berkenaan tidak berkunci dan kita percaya suspek masuk melalui pintu utama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya