Pertahankan kepelbagaian kaum, budaya - Anwar

Pertahankan kepelbagaian kaum, budaya – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Majlis Peluncaran Projek Inovasi Pencahayaan ke Arah Kelestarian Bandar ‘I Lite U’, di Pavilion Kuala Lumpur, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menegaskan kepelbagaian budaya yang merangkumi semua kaum dan negeri merupakan kekuatan utama negara yang wajar dipertahankan serta dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Meskipun sesetengah kawasan mempunyai komposisi penduduk yang lebih besar, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakikatnya Malaysia dibina atas kepelbagaian budaya, melibatkan semua kaum dari setiap negeri.

“Kebudayaan dan seni kita mencerminkan identiti negara, dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, melibatkan semua kaum. Inilah yang menjadikan kita bangga sebagai rakyat Malaysia.

“Apabila saya kata ‘Malaysians’, saya berkata kepada Melayu, Cina, India, Sarawak, Sabahan, ” katanya ketika majlis pelancaran ‘I LITE U’ yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, di sini, malam ini.

Majlis itu bersempena Peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan ke Arah Kelestarian Bandar bertemakan Infrastruktur Lampu Inovasi Teknologi Eko-Mampan Ke Arah Urbanisasi (I Lite U).

Sambutan penuh warna-warni itu turut menandakan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Anwar berkata, maksud Malaysia yang sebenar merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau wilayah, termasuk Melayu, Cina, India, serta rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Kita adalah sebuah negara yang hebat. Jangan lupa, kita juga telah melakar sejarah apabila melahirkan pemenang Oscar pertama dari Asia, iaitu Michelle Yeoh,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan keharmonian dan keamanan ibu negara terus terpelihara.

“Hannah Yeoh jaga Kuala Lumpur sekarang (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) , saya melihat Kuala Lumpur dalam keadaan aman dan tenang dengan penyertaan semua kaum. Tahniah dan teruskan usaha ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN