Ahmad Zahid tidak layak terima imuniti - Pasukan pendakwaan

Ahmad Zahid tidak layak terima imuniti

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kenyataan pihak pembelaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi layak menerima imuniti daripada pendakwaan kerana memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, imuniti daripada didakwa tidak akan diberi jika hasil siasatan mendapati kesalahan itu dilakukan oleh individu yang memberi keterangan.

“Seksyen 30 (7) Akta SPRM tidak menyediakan imuniti. Sebaliknya, ia hanyalah pengecualian atas budi bicara pendakwaan kepada sesetengah individu yang membantu dalam siasatan.

“Peruntukan itu hanya terpakai kepada individu yang mendedahkan maklumat atau dokumen sulit dan boleh dikenakan tindakan jenayah atau sivil,” katanya dalam hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Sebelum ini, pasukan pembelaan berkata bahawa Presiden UMNO itu sepatutnya menerima imuniti pendakwaan mahkamah kerana mendedahkan semua maklumat berkaitan transaksi melibatkan yayasannya kepada SPRM.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid dalam hujahanya berkata, anak guam beliau perlu diberi imuniti kerana sepanjang awal penyiasatan dijalankan tertuduh telah membuat pendedahan sepenuhnya berkaitan maklumat transaksi kepada pihak berkuasa.

Namun, menurut beliau,  pasukan pendakwaan cuba menafikan hak anak guamnya untuk mempertahankan imunitinya di bawah Seksyen 30(7) Akta SPRM.

Dalam pada itu, Raja Rozela tindakan pembelaan bertujuan membatalkan pertuduhan dikenakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan mahkamah tidak boleh bertindak sedemikian tanpa mendengar kesemua bukti dikemukakan daripada saksi.

“Pihak pembelaan mengemukakan isu kekebalan bagi mencabar keputusan pendakwaan untuk memfailkan pertuduhan ke atas tertuduh,” katanya

Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

Hujahan pendakwaan akan disambung pada 4 Oktober ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya