Agong zahir harapan kerjasama pembangkang-kerajaan

Agong zahir harapan kerjasama pembangkang-kerajaan

agong
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH puji pelan jaga kesihatan mental rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik yang ditandatangani dapat mengetepikan agenda politik serta bersepakat menangani Covid-19 demi rakyat serta negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda turut mengulangi pendirian rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik ketika negara bergelut isu kesihatan dan kelembapan ekonomi akibat Covid-19.

Beliau berkata, Baginda turut berharap Ahli-Ahli Dewan Rakyat memberi keutamaan kepada kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara pada sesi sidang Parlimen yang kini sedang berlangsung.

“Beta menzahirkan keyakinan bahawa dengan kestabilan politik dan peningkatan kadar vaksinasi penduduk serta bantuan kerajaan, proses pemulihan ekonomi negara dapat dipercepatkan.

“Bahkan faktor-faktor tersebut adalah kunci kepada keyakinan kepada semua pihak berkaitan dan para pelabur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN