68 ahli Parlimen diberikan pengurangan bayaran kompaun - Utusan Malaysia

68 ahli Parlimen diberikan pengurangan bayaran kompaun

Ahli Parlimen yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka Ogos lalu memohon pengurangan bayaran kompaun atas kesalahan melanggar SOP. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 68 ahli Parlimen yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka Ogos lalu memohon pengurangan bayaran kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengurangan bayaran kompaun diberikan dan kesemua ahli Parlimen itu sudah menjelaskan bayaran.

“Sama seperti rakyat lain, mereka yang langgar SOP dikenakan kompaun dan mereka minta diberikan diskaun. Kita bersetuju untuk beri diskaun kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar  selepas penguatkuasaan dan pematuhan SOP Covid-19 di Kementeriannya, hari ini.

Terdahulu pada 2 Ogos lalu, seramai 68 ahli Parlimen berkenaan disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ini berikutan tindakan mereka yang berkumpul di Dataran Merdeka, terdiri daripada sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang, antaranya daripada parti Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Warisan Sabah (Warisan), dihalang menuju ke Parlimen melalui Jalan Parlimen dari Bulatan Dato Onn oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Susulan perhimpunan itu, polis memanggil semua Ahli Parlimen dan individu yang terbabit dalam perhimpunan terbabit untuk direkodkan percakapan.

Ia bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.