470,000 benih ikan, udang dilepas tampung protein negara - Utusan Malaysia

470,000 benih ikan, udang dilepas tampung protein negara

AHMAD Hamzah (empat dari kanan) melepaskan benih udang galah ke sungai di Paya Lebar, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Jabatan Perikanan melepaskan hampir setengah juta benih ikan dan udang di perairan umum bagi menampung keperluan protein negara. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sejak awal tahun ini, sebanyak 300,000 benih udang dan 176,100 benih ikan dilepaskan. 

Katanya, pelepasan itu bagi memastikan keperluan bekalan protein negara mencukupi dan terus meningkat mengikut jumlah populasi semasa penduduk.

“Jaminan bekalan ikan terus menjadi cabaran besar disebabkan beberapa faktor antaranya perubahan iklim, kenaikan harga input, liberalisasi kewangan dan persaingan makanan. 

“Pelepasan benih udang bertujuan menambah dan mengekalkan stok udang serta protein ikan asli yang terdapat di perairan umum kita,” katanya melepaskan benih udang galah di Paya Lebar, Masjid Tanah di sini, hari ini. 

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid; Ketua Pengarah Perikanan, Ahmad Tarmidzi Ramly; Pengerusi Jawatankuasa Penternakan dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN