BAGI pecinta makanan pedas, nama Dapo Mek Suri di Waterfront Pulau Kambing di Kuala Terengganu, Terengganu bukan lagi asing dalam kalangan penggemar sajian berasaskan sambal. Keistimewaan premis ini bukan sekadar pada ayam penyetnya tetapi pilihan 13 jenis sambal ‘menyengat’ yang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja ketika menikmatinya. Masuk sahaja ke premis ini, pengunjung sudah dapat menghidu aroma sambal yang digaul segar setiap hari. Dari sambal klasik hingga yang moden dengan…










