fbpx

41 PPV dibuka di Perak untuk vaksinasi remaja

MOHD. AKMAL KAMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Program Pemberian Vaksin Remaja yang bermula serentak seluruh daerah di Perak hari ini melibatkan 41 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) meliputi sekolah, kolej vokasional dan PPV Awam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, sasaran vaksinasi remaja berumur 16 hingga 17 tahun iaitu seramai 60,950 pelajar untuk menerima suntikan dos pertama.

“Objektif bagi mencapai tahap imuniti kelompok bagi negeri Perak sentiasa dititikberatkan kerajaan negeri terutama pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

“Program ini menyasarkan sejumlah keseluruhan 237,200 remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun di Perak untuk diberikan suntikan vaksin bagi dos yang pertama, manakala bagi dos yang kedua akan bermula bulan depan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Akmal menyeru seluruh penduduk Perak terutama ibu bapa agar memastikan anak-anak didaftarkan melalui Mysejahtera dan hadir ke PPV yang dinyatakan bagi memenuhi janji temu pemberian vaksin, bagi mencapai matlamat imuniti kelompok dengan  kadar segera demi kesejahteraan semua pihak.

“Berikan kerjasama yang baik buat seluruh petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus dalam membantu usaha kerajaan untuk melandaikan pandemik ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI