23 cadangan penambahbaikan operasi LRT - Utusan Malaysia

23 cadangan penambahbaikan operasi LRT

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengemukakan 23 cadangan untuk menambah baik secara sistematik prosedur dan garis panduan operasi kepada Jemaah Menteri berhubung insiden pelanggaran Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya (KJL) yang berlaku 24 Mei lalu.

Cadangan jangka pendek ini akan dilaksanAkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan anak syarikatnya, Rapid Rail Sdn Bhd, yang bertanggungjawab mengendalikan Laluan Kelana Jaya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, laporan penuh Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 9 Jun lalu.

“Prasarana telah melaksanakan sepenuhnya lima langkah jangka pendek daripada 23 cadangan untuk menambah baik operasi LRT Laluan Kelana Jaya, yang dicadangkan jawatan kuasa itu.

“Lima langkah jangka pendek dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan dengan menetapkan dua Hostler (pemandu) bagi mengendalikan tren secara manual ketika di dalam terowong dan lampu suluh berkuasa tinggi dibekalkan kepada Hostler untuk memudahkan tugas mereka ketika di dalam terowong,” katanya menerusi kenyataan disini, hari ini.

Ka Siong berkata, selain itu, senarai semak disediakan untuk kegunaan dan panduan kepada Hostler serta pusat kawalan operasi (OCC) dalam mengendalikan tren secara manual ketika situasi kritikal.

“Penubuhan Jawatankuasa Pengawasan (Sighting Committee) untuk menjalankan audit terhadap tanda arah/penanda landasan dan Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan untuk melaporkan audit keselamatan kepada pengurusan kanan Prasarana dan Rapid Rail bagi tujuan semakan serta pemantauan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Rapid Rail juga melaporkan kemajuan yang baik dalam pelaksanaan 11 langkah jangka sederhana yang perlu dilaksanakan dalam masa tiga ke enam bulan.

“73 peratus daripada kerja-kerja berkaitan telah pun selesai dan dijangka dapat disiapkan pada tarikh ditetapkan, iaitu 9 Disember.

“Mengenai tujuh langkah jangka panjang pula, Prasarana bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melaksanakannya secara progresif kerana terdapat beberapa perkara yang memerlukan pelaburan dan kepakaran teknikal tambahan dari pelbagai pihak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.