200 kg putik bunga kering dari India dirampas - Utusan Malaysia

200 kg putik bunga kering dari India dirampas

KIRA-KIRA 200 kilogram (kg) putik bunga kering tanpa permit sah dirampas Maqis Pulau Pinang di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam (DAD), Butterworth semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 200 kilogram (kg) putik bunga kering tanpa permit di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam (DAD), di sini semalam. 

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam operasi kira-kira 5.55 petang itu, pihaknya mendapati putik bunga asam belanda kering atau  roselle dan daun kelor (moringa) kering itu cuba dibawa masuk ke negara ini dari India tanpa permit import sah. 

Menurut kenyataan tersebut, barang dagangan yang dirampas itu dianggarkan bernilai kira-kira RM5,009. 

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama,” demikian menurut kenyataan tersebut. 

Tambahnya, jika sabit kesalahan syarikat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN