15,895 pelajar Negeri Sembilan divaksin - Utusan Malaysia

15,895 pelajar Negeri Sembilan divaksin

TIGA pelajar (dari kanan) Muhammad Fakhrul Fikri Yusniza, 17, Yang Zi Cong, 17, dan S. Sanjeev Kumar, 16, bergambar selepas mereka selesai menerima dos pertama vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai 15,895 pelajar sekolah menengah tingkatan empat, lima dan enam di negeri ini dijangka menerima vaksin Covid-19 sempena program imunisasi untuk remaja yang bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Md Fiah Md Jamin berkata, bagi tujuan berkenaan, sebanyak 44 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri terbabit dalam proses itu dan kebanyakannya menggunakan dewan sekolah.

Tambah beliau, jumlah murid dan pelajar berkenaan termasuk pemberian vaksin kepada murid yang berasal di Negeri Sembilan namun bersekolah di negeri lain.

“Ada sebahagian murid tingkatan lima dan tingkatan enam yang divaksin sebelum ini. Jadi ini adalah jumlah sebahagian murid yang  belum divaksin termasuk murid-murid yang berasal di Negeri Sembilan tetapi belajar di sekolah berasrama penuh (SBP) dan kolej vokasional di negeri lain.

“Saya ucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama bagi membolehkan anak mereka divaksin dan anak-anak ini akan pulang semula ke sekolah dengan keyakinan yang tinggi memulakan sesi persekolah dengan keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Murid Daerah Kuala Pilah di Dewan Dato’ Bahaman di sini hari ini.

Sementara itu, bagi seorang pelajar, Muhammad Afiq Zaharudin, 17, dari Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’aba, teruja dapat menerima vaksin bersama rakan-rakan.

Dia yang berasal dari Terachi di sini memberitahu sudah tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan seperti biasa dan aktif dalam sukan bola sepak kembali.

“Lebih setahun saya tidak dapat bermain bola sepak dan sekiranya telah lengkap divaksin dua kali akan ada peluang untuk kembali aktif serta menyertai pertandingan nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya