12,434 kes baharu, Sarawak catat kes tertinggi 2,967

12,434 kes baharu, Sarawak catat kes tertinggi 2,967

DANIEL Shah Mohd. Ridzwan, 31 sedang menyiapkan tempahan pelanggan di gerai menjual ‘personalized shirt’ miliknya yang kembali beroperasi selepas Kuala Lumpur berada di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tinjauan di Pasar Seni, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kes Covid-19 baharu meningkat kepada 12,434 kes hari ini, berbanding 11,332 kes semalam.

Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 2,967 kes diikuti dengan Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).

Perak pula mencatatkan 971 kes, Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Kuala Lumpur (284) dan Negeri Sembilan (169).

Hanya tiga kawasan mencatatkan kes di bawah paras dua digit iaitu Perlis dengan 79 kes, Putrajaya (18) dan Labuan (5). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN