1,185 kluster Covid-19 masih aktif - Utusan Malaysia

1,185 kluster Covid-19 masih aktif

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja dan komuniti terus menjadi penyumbang konsisten dengan masing-masing enam kluster daripada 12 kluster Covid, hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan tiga di Selangor serta dua di Johor dan satu di Kuala Lumpur. 

“Kluster komuniti pula, dua di Kelantan manakala Pahang, Sarawak, Johor dan Perak, masing-masing satu kluster

“Sehingga kini terdapat 1,185 kluster masih aktif daripada keseluruhan 5,413 kluster yang direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 13,104 kes berbanding semalam, 13,899 kes sekali gus diatasi 20,971 kes sembuh manakala 1,058 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 580 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Katanya, Sarawak merekodkan kes positif tertinggi iaitu 2,943 kes diikuti Selangor (1,558), Johor (1,455), Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078). 

“Lapan negeri merekodkan Perak (994), Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Melaka (362), Kuala Lumpur (270) dan Negeri Sembilan (165). 

“Perlis mencatatkan 80 kes dan Putrajaya, 24 kes manakala Labuan hanya empat kes,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 89 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 91 kes sebelum ia berubah kepada 110 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my,

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 228 kes berbanding kelmarin, 250 kes. 

Jumlah kematian menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 25,159 kes. 

Sebanyak 36 daripada 228 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,923 kes. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 75 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), sembilan kes diikuti Johor (56/21), Sabah (19/12), Kelantan (18/7), Kedah (15/5), Perak (14/6), Sarawak (9/5), Pulau Pinang (8/12), Terengganu (4/2), Melaka (4/2), Pahang (3/4),  Kuala Lumpur (3/2), Negeri Sembilan (0/1) dan Perlis (0/1). 

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya