Sebanyak 100 tan susu tepung dari Belanda dirampas 

100 tan susu tepung dari Belanda dirampas 

SEBAHAGIAN daripada 100 tan susu tepung dari Belanda yang dirampas Maqis di NBCT, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebanyak empat kontena mengandungi kira-kira 100 tan susu tepung dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri selepas pengisytiharan dokumennya didapati tidak tepat. 

Rampasan itu dibuat ekoran pemeriksaan pihak berkuasa berkenaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kira-kira pukul 4.40 petang semalam. 

Maqis negeri dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, susu seberat 1 tan bernilai kira-kira RM650,902.91 yang dimuatkan di dalam 4,000 bungkusan itu dibawa masuk dari  Belanda. 

“Penahanan dibuat kerana didapati kosainan tersebut telah mengisytiharkan dokumen yang tidak tepat seperti yang dinyatakan pada syarat dokumen Permit Import Maqis yang sah iaitu mengemukakan maklumat yang berbeza dan mengelirukan pada sijil kesihatan veterinar dari negara pengimport,” katanya. 

Kenyataan tersebut menambah, tujuan pengimportan susu tepung berkenaan adalah sebagai produk yang diproses untuk dijadikan makanan dan minuman manusia. 

Katanya, hasil produk proses berkenaan dipercayai bagi kegunaan pasaran negara ini selain turut dipasarkan ke luar negara. 

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN