PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang selesai bermesyuarat hampir sejam dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali di Bangunan Perdana Putra, di sini sebentar tadi.
Kenderaan rasmi Affendi dilihat keluar melalui pintu belakang manakala kenderaan rasmi, Acryl Sani melalui pintu hadapan dengan diiringi kenderaan pengiring keselamatan masing-masing, pukul 11.05 pagi.

Pertemuan tiga pemimpin terbabit bagi membincangkan situasi politik sedia ada dan kedudukan kerajaan hari ini susulan tindakan UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung selama maya.
Difahamkan mesyuarat Kabinet akan diadakan pukul 12 tengah hari bersama semua menteri dari UMNO selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong.










