GV Ride lancar tambang promosi RM5 kepada pengguna Lembah Klang

GV Ride lancar tambang promosi RM5 kepada pengguna Lembah Klang

KABEER SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride, melancarkan promosi istimewa tambang RM5 kepada semua penumpang di Lembah Klang, bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kabeer Singh Maand berkata, promosi itu ditawarkan sekali sehari bagi setiap penumpang sebagai tanda penghargaan atas sambutan luar biasa terhadap perkhidmatannya selama ini.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan membalas sokongan pengguna dan pada masa sama, memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tempatan yang lebih selamat, berkualiti dan diyakini rakyat Malaysia.

“Bagi mendapatkan tambang promosi itu, penumpang hanya perlu memuat turun aplikasi GV Ride melalui Google Play Store atau Apple App Store.

“Kami berharap promosi itu dapat memberi manfaat kepada penduduk Lembah Klang sekali gus menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang mudah, selamat dan dipercayai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tambang promosi itu dengan melayari www.gvride.com atau menghubungi talian +6012-500 3217.

Orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan terkini GV Ride menerusi Facebook (GV Ride) dan Instagram (mygvride). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN