Wanita maut terjatuh tren - Utusan Malaysia

Wanita maut terjatuh tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Sentul Timur, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku kira-kira  pukul 4.30 petang.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ,kejadian dipercayai berlaku semasa wanita itu berjalan di atas tren yang tidak bergerak.

“Dia juga duduk di besi penyambung gerabak dan terjatuh apabila tren mula bergerak, sebelum digilis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Eng Lai berkata, bagaimanapun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan dan kes masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya