Wakil Rakyat pembangkang berarak ke Parlimen - Utusan Malaysia

Wakil Rakyat pembangkang berarak ke Parlimen

BEBERAPA ahli Parlimen pembangkang berarak ke Bangunan Parlimen sambil membawa sepanduk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pembangkang cuba berarak ke Bangunan Parlimen yang bermula dari Dataran Merdeka meskipun Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguhkan.

Perarakan yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat bergerak menuju Parlimen.

Terdahulu beberapa ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen hari ini.

Turut kelihatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya