Tukang cuci kolam kutip RM5,000 sehari jual durian ‘rakyat’

Tukang cuci kolam kutip RM5,000 sehari hasil jualan durian ‘rakyat’

TENGKU Nor Amira nelayan pelanggan yang datang membeli buah durian di gerai milik keluarganya di Pengkalan Kubor, Tumpat. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Walaupun durian kampung dijual pada harga murah antara RM1 hingga RM2 sekilogram, namun tauke gerai di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini, masih mampu meraih antara RM4,00 hingga RM5,000 sehari.

Malah, disebabkan harga ‘rakyat’ ditawarkan kepada pembeli, kira-kira empat tan durian yang dijual bekas tukang cuci kolam, Tengku Nor Amira Tengku Razaman, 31, ‘licin’ dibeli pengunjung hanya dalam masa tiga jam.

Menurut Tengku Nor Amira, bekalan durian kampung tersebut diambil dari Jeli dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong sebelum dijual dengan untung minimum antara 20 sen hingga RM1 sekilogram.

“Kebanyakan pelanggan saya merupakan penduduk sekitar kawasan ini dan kebanyakan mereka adalah golongan kurang berkemampuan. 

“Alhamdulillah, walaupun harga murah, saya mampu menjual sebanyak 3,000 hingga 4,000 kilogram durian sehari dengan meraih sehingga RM5,000 sehari,” katanya ketika ditemui pemberita di gerainya di sini hari ini.

Selain durian kampung, Tengku Nor Amira turut menjual durian premium lain seperti kunyit, IOI, Cheni, Udang Merah dan kahwin campur pada harga patut antara RM12 hingga RM22 sekilogram.

“Ketika musim durian baru bermula, hasil jualan gerai saya dalam sehari pernah mencecah RM15,000 namun semakin berkurangan apabila harga raja buah itu semakin jatuh dari hari ke hari,” katanya.

Sebelum musim pandemik, ibu kepada dua cahaya mata berusia tujuh dan 13 tahun itu bekerja sebagai tukang cuci kolam udang di Selangor dan disebabkan kolam tersebut ditutup sementara waktu, dia pulang ke Kelantan untuk mencari kerja lain.

“Abang kandung, Tengku Mohd. Farid, 33, memberi sejumlah wang sebagai modal untuk saya berniaga durian dengan menumpang di gerai buah-buahan milik keluarga kami sejak April lalu.

“Selepas musim durian habis, saya merancang untuk berniaga buah tembikai pula. Bagi rancangan jangka panjang, saya bercadang untuk membuka kedai makan menggunakan duit yang dikumpul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya