Tokyo dilanda gempa bumi - Utusan Malaysia

Tokyo dilanda gempa bumi

Acara kayak berlangsung di Sea Forest Waterway semasa berlakunya gempa bumi kecil di Timur Tokyo namun tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Gempa bumi melanda pantai Tokyo menyebabkan gegarannya dirasai oleh atlet yang beraksi di Olimpik.

Gempa bumi bermagnitud pada 6.0 skala Richter itu berlaku di lautan sebelah Timur Tokyo sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Atlet dan wartawan yang berada di ibu negara yang sedang menganjurkan temasya berkenaan merasai gegarannya selama tiga minit.

“Gempa bumi di Tokyo sekarang. Saya merasai gegarannya selama 30 saat. Masih berterusan,” kata wartawan CNN, Will Ripley menerusi Twitter.

Sementara itu wartawan Australia, Mark Beretta sedang bersiaran langsung ketika berlakunya gempa bumi berkenaan.

“Selamat kembali ke bandar Olimpik di mana kami ketika ini merasai gempa bumi.

“Bumbung di atas kami sedang bergerak dan anda mungkin perasan lampu dan kamera juga sedang bergerak,” katanya.

Pihak berkuasa bagaimanapun berkata, tiada sebarang risiko untuk berlakunya Tsunami atau tragedi lebih teruk akibat gempa bumi itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.