Tidak hadir angkat sumpah, Mohamad Alamin positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Tidak hadir angkat sumpah, Mohamad Alamin positif Covid-19

MOHAMAD ALAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin tidak hadir mengangkat sumpah di Istana Negara petang ini selepas disahkan positif Covid-19 pada Sabtu.

Beliau antara 31 orang menteri dan 37 timbalan menteri yang dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 2 petang tadi.

Mohamad yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan RT-PCR pada Sabtu.

Beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan yang baik.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai barisan jemaah menteri dan timbalan menteri bagi Kabinet baharu.

Enam menteri dan timbalan menteri dari Sabah dilantik dalam Kabinet baharu ini.

Selain Mohamad, lima pemimpin Sabah yang turut dilantik ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup; dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yassin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya