'Thank You Ni' - Utusan Malaysia

‘Thank You Ni’

RAKAMAN gambar dikongsi Ismail Sabri di FB beliau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghargai isterinya yang sentiasa berada di sisi beliau ketika susah dan senang.

Ismail Sabri berkata, beliau mula berkawan dengan isterinya yang disapa Nani itu sejak berumur 19 tahun.

Katanya, beliau menyertai politik pada tahun 1986 pada umur 26 tahun dan waktu itu mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga.

“Nani adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab itu jarang sangat nampak dia.

“Thank you Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama,” katanya dalam catatan Facebook beliau hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN