Tempat kerja penyumbang terbesar kluster - Utusan Malaysia

Tempat kerja penyumbang terbesar kluster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja menjadi kluster terbanyak dengan mencatatkan penambahan 19 kluster diikuti 12 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi yang menjadikan jumlah keseluruhan 34 kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan Selangor (lima), Johor (lima) manakala Kelantan, Perak, Pulau Pinang masing-masing dua kluster serta Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka, masing-masing satu kluster.

Selangor katanya, Industri Batu Sebelas Cheras di Hulu Langat (91 kes), Tapak Bina Jalan Kajang East di Hulu Langat (21), Jalan Dua Sungai Lang di Sabak Bernam (19), Jalan Pekeliling Sepang di Sepang dan Petaling (15), Industri Jalan Kamunting di Hulu Selangor (15) dan Johor, Jalan Bestari Tujuh di Johor Bharu dan Kota Tinggi (122), Perindustrian Firma Dua di Johor Bahru (31), Perindustrian Tahana di Johor Bahru (24), Industri Keluli Lapan di Johor Bahru (18), Perindustrian Jalan Kelapa Sawit Kulai di Kulai (16).

“Kelantan pula, Kampung Cabang Tiga Kedai Buloh di Kota Bharu dan Tumpat (11), Seksyen Satu Bandar Pasir Mas di Pasir Mas dan Kota Bharu (8); Perak, Jalan Jelawai Satu di Muallim (9), Jalan Jelutong Malim di Muallim (7); Pulau Pinang, Tapak Bina Lebuhraya Kampung Jawa di Barat Daya (41), Jalan Bukit di Seberang Perai Tengah (23).

“Bakinya, Tapak Bina Puteh Lama 2 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (53); Jalan Tengku Ismail Temerloh di Temerloh, Pahang (31) dan Industri Jalan PK 32 di Melaka Tengah, Melaka (27),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kluster komuniti mencatatkan empat di Kelantan, dua di Sarawak, dua di Perak manakala Terengganu, Selangor, Pahang dan Kedah, masing-masing satu kluster.

Kelantan katanya, Kampung Takel Luar Labok di Machang (28), Kampung Tanjung Stan di Kota Bharu (14), Kampung Slow Mengkuang di Kuala Krai dan Kota Bharu (12), Kampung Kubang Kiat di Kota Bharu (11) dan Sarawak, Kampung Seratau di Kuching (392), Kampung Jawa Kuching di Kuching (53) 109; Perak, Kampung Perlok Baru di Batang Padang (51), Rumah Awam Tiga di Muallim (18).

“Selain itu, Banggol Tok Jiring di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman, Terengganu (134); Batu 23 di Sabak Bernam dan Petaling, Selangor (19); Sungai Panching Selatan di Kuantan (73) dan Dah Kampung Siputeh di Kubang Pasu, Kedah (28).

“Tiga kluster kumpulan berisiko pula, dua di Selangor, Lorong Jelutong di Klang (21) dan Batu Tujuh Setengah di Gombak (11) manakala Jalan Dusun Empat di Kota Bharu, Kelantan (8),” katanya.

Beliau berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 hampir mencecah 21,000 kes iaitu 20,889 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 16,394 kes manakala sebanyak 160 kematian dicatatkan dengan 1,096 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 545 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 221,396 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 8,792 kes diikuti Kuala Lumpur (2,483), Kedah (1,371), Sabah (1,291) dan Johor (1,275).

“Lapan negeri dan satu wilayah merekodkan kes tiga angka iaitu Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491), Terengganu (460) dan Putrajaya (122).

“Hanya Labuan dan Perlis merekodkan kes satu angka iaitu masing-masing sembilan kes,” katanya.

Mengulas mengenai 160 kematian, Noor Hisham berkata, Selangor kekal penyumbang terbanyak dengan 51 kes, 32 kes di Johor, 22 kes di Kedah, 17 kes di Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, enam kes di Pahang, lima kes di Sabah, masing-masing empat kes di Melaka dan Terengganu, tiga kes di Perak, serta dua kes di Pulau Pinang.

“Kematian melibatkan 91 lelaki dan 69 wanita dengan 18 warga asing, 24 kes meninggal dunia di rumah dan 121 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya