Covid:19: Lonjakan dijangka turun bulan depan - Utusan Malaysia

Covid:19: Lonjakan dijangka turun bulan depan

Covid-19
DZULKEFLY Ahmad berucap pada ucapan penggulungan dalam Konvensyen Amanah Nasional 2023 di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lonjakan jangkitan Covid-19 yang tercetus baru-baru ini diunjurkan berlaku penurunan bermula bulan hadapan berdasarkan data dan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kenaikan kes secara minggu ini tidak begitu tinggi, namun tidak mendedahkan jumlah kenaikan tersebut.

“Kita mengira kadar keseriusan kes Covid-19 mengambil kira empat faktor, iaitu jumlah kes, jumlah kematian, jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan kemampuan fasiliti awam menampung keseluruhan pesakit Covid-19.

“Setakat ini, semua masih terkawal justeru orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi ketika ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Amanah Nasional 2023, hari ini.

Kes Covid-19 bagi Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember meningkat kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes 

Peningkatan yang dicatatkan pada ME51 berbanding ME50 adalah sebanyak 29.5 peratus.

Dzulkefly menambah, KKM akan terus memantau sistem amaran awal (HAS) dan bukti saintifik lain bagi mengambil sebarang langkah baharu bagi mengurangkan jumlah kes.

“Kita bukan lagi dalam ‘Covid War’, sebaliknya berada daripada fasa pandemik ke endemik. Kita mempunyai sistem yang sistematik yang bukan sekadar melihat pada angka,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang diperkenalkan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya