Skuad Tajhiz JHEAINS urus 327 jenazah Covid-19 sepanjang Julai lalu - Utusan Malaysia

Skuad Tajhiz JHEAINS urus 327 jenazah Covid-19 sepanjang Julai lalu

-GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 629 jenazah umat Islam mangsa Covid-19 telah diuruskan oleh Skuad Tajhiz, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di negeri sepanjang tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, daripada jumlah itu sebanyak 51.9 peratus atau 327 jenazah telah diuruskan pada Julai sahaja.

“Pengurusan oleh skuad ini melibatkan tayamum, kafan, solat sehinggalah pengebumian jenazah dan melibatkan petugas daripada JHEAINS dan juga Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

“Pasukan ini bertugas tidak kira hari dan waktu demi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan kemaslahatan ummah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada semua petugas yang membantu menguruskan jenazah-jenazah berkenaan.

“Saya turut berdoa agar semua frontliners sentiasa dilindungi daripada bahaya sepanjang menjalankan tugas, insya-Allah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN