Skuad bola sepak wanita Kanada raih pingat emas sulung - Utusan Malaysia

Skuad bola sepak wanita Kanada raih pingat emas sulung

SKUAD bola sepak wanita Kanada meraikan kejayaan mereka dengan memenangi emas selepas menumpaskan Sweden dalam saingan akhir Sukan Olimpik 2020 di Stadium Antarabangsa Yokohama, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOKOHAMA: Pasukan bola sepak wanita Kanada meraih pingat emas pertama mereka apabila menumpaskan Sweden 3-2 menerusi sepakan penalti penentuan dalam perlawanan akhir di Sukan Olimpik 2020, sebentar tadi.

Saingan di Stadium Antarabangsa Yokohama itu menyaksikan Sweden dan Kanada masing-masing terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan, sekali gus mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan.

Sweden terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang mereka, Stina Blackstenius selepas mudah menolak hantaran rakan sepasukan di dalam kotak penalti pada minit ke-34.

Kanada bagaimanapun memerlukan masa di babak kedua untuk mengikat kedudukan menerusi pemain tengah Jessie Fleming dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-67.

Dalam sepakan penalti penentuan, penjaga gol Kanada, Stephanie Labbe muncul wirawati selepas meletakkan negaranya menaiki podium pertama buat pertama kali selepas meraih gangsa berganda pada 2012 dan 2016.

Sweden meraih perak buat kali kedua berturut-turut selepas meraih podium kedua pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN