Semangat 'Khemah Besar' UPKO sertai Pakatan Harapan

UPKO sertai Pakatan Harapan atas semangat ‘khemah besar’

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) diterima menjadi salah satu parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan ia selaras dengan semangat ‘Khemah Besar’ yang disebut Majlis Presiden PH baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PH terus membuka ruang kepada mana-mana parti dalam blok pembangkang untuk menyertai pakatan itu.

“Sukacita saya umumkan bahawa UPKO telah membuat permohonan rasmi untuk menyertai PH. Mesyuarat Majlis Presiden hari ini telah membuat keputusan untuk menerima UPKO sebagai salah satu parti komponen PH.

“Pintu PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain, malah kami juga mengalu-alukan sekiranya parti-parti ini membuat permohonan untuk menyertai PH,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, selaras dengan Ketetapan Port Dickson bertarikh 9 April 2021 dan untuk menggembleng kekuatan seluruh blok pembangkang, PH mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama di bawah konsep ‘Khemah Besar’ berdasarkan Agenda Reformasi dan kepentingan rakyat.

Saifuddin Nasution berkata, semangat ‘Khemah Besar’ ini adalah bagi memperkukuhkan pakatan itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Dalam semangat ‘Khemah Besar’ yang dinyatakan di dalam Ketetapan Port Dickson, PH akan meneruskan serta memperkukuh kerjasama dengan parti-parti pembangkang demi memastikan blok Pembangkang bertambah berkesan dan bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Seperti yang telah diumum sebelum ini, satu pertemuan ketua-ketua parti pembangkang akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan isu-isu politik semasa termasuk persiapan menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula pada 6 September nanti,” katanya.

Parti-parti yang kini dalam blok pembangkang adalah Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Muda dan Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya