Seksyen sewajarnya terhadap siasatan Ustaz Ebit Lew belum diputuskan - Utusan Malaysia

Seksyen sewajarnya terhadap siasatan Ustaz Ebit Lew belum diputuskan

USTAZ Ebit Lew hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sambil ditemani peguam, Hasnal Rezua Merican. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes pertuduhan ke atas pendakwah terkenal, Ebit Lew di bawah siasatan dan belum dinyatakan seksyen sewajarnya.

Perkara itu dinyatakan peguam Ebit Liew, Datuk Hasnal Rezua Merican yang menegaskan setakat ini polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan, namun belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

“Setakat ini polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Ebit Lew hadir sebagai saksi ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sini pagi tadi, berikutan kes yang sedang disiasat polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN