'Saya terima dan saya maafkan sesiapa cuba jatuhkan saya' - Ustaz Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Saya terima dan saya maafkan sesiapa cuba jatuhkan saya’ – Ustaz Ebit Lew

USTAZ Ebit Lew hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sambil ditemani peguam, Hasnal Rezua Merican. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan kes fitnah yang melampau terhadap dirinya.

“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Fitnah yang saya terima ini begitu kejam dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati,” katanya disini hari ini.

Ebit Lew dipanggil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan seksual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya