'Saya mendoakan YAB Datuk Seri galas amanah kepimpinan dengan baik' - Utusan Malaysia

‘Saya mendoakan YAB Datuk Seri galas amanah kepimpinan dengan baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa beliau memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini.

Sokongan itu dinyatakan Muhyiddin ketika menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya, petang tadi.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya