Risiko Covid-19 di luar 18 peratus lebih rendah - Utusan Malaysia

Risiko Covid-19 di luar 18 peratus lebih rendah

MUSA MOHD. NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Risiko untuk mendapat jangkitan  Covid-19 di luar adalah 18 peratus lebih rendah berbanding mereka yang berada di dalam rumah atau tempat tertutup.

Pakar perubatan, Datuk Dr. Musa Mohd Nordin berkata, ini berikutan kawasan luar yang mempunyai cahaya matahari dapat mengurangkan risiko wabak berkenaan.

“Apabila kita keluar, risiko untuk mendapatkan jangkitan Covid-19 adalah 18 peratus berbanding dari kawasan tertutup. Tanda pagar juga tidak sepatutnya ‘stay at home’, tetapi  “stay safe’.

“Itu sebab saya buat rumusan, demonstrasi adalah selamat dibandingkan menteri Kabinet yang bersama-sama perdana menteri dalam satu bangunan,” katanya dalam perbincangan eksklusif secara dalam talian, hari ini.

Yang hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz yang membincangkan jalan ke hadapan untuk menyelamatkan negara. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN