'Recall election' hapuskan 'katak' dalam politik - Utusan Malaysia

‘Recall election’ hapuskan ‘katak’ dalam politik

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Cadangan mengenai pelaksanaan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat yang lompat parti atau ‘recall election’ di sambut baik pembangkang.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan cadangan itu akan memberi keutuhan kepada politik negara di mana tiada lagi ‘katak’ lompat kepada parti lain demi kepentingan sendiri.

“Kita setuju dengan cadangan Azalina (Datuk Seri Azalina Othman Said) di mana harus ada satu akta yang boleh menghapuskan politik katak. Cuma cara pelaksanaannya harus dibincangkan.

“Ia harus terpakai kepada semua Ahli parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang lompat parti di mana mandat harus dikembalikan kepada rakyat.

Kelmarin, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan supaya ‘recall election’ dilaksanakan bagi menghalang mana-mana wakil rakyat daripada lompat parti demi kepentingan sendiri.

Katanya, mekanisme itu membolehkan setiap wakil rakyat yang dipilih terus berkhidmat demi rakyat sehingga akhir penggal dengan menggunakan parti yang sama mereka menangi sewaktu pilihan raya umum (PRU) sebelumnya.

Ia kemudian boleh meneruskan dengan pilihan raya kecil (PRK) di kawasan tersebut untuk memilih wakil rakyat baharu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut menyokong cadangan itu dengan menjelaskan ia merupakan perubahan yang dibawa pembangkang sejak dulu lagi.

“Memang itulah reformasi yang kita minta dari dulu, jadi kita harap Azalina akan main peranan bawa perkara itu dalam kerajaan untuk menyokong.

“Ini kerana beliau berada dalam kerajaan, lebih mudah dan kita tiada masalah untuk menyokong,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya