PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menyampaikan perutusan pertamanya kepada rakyat Malaysia, hari ini selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan semalam.
Ucapan Perdana itu disiarkan secara langsung di televisyen melalui media rasmi pada pukul 5.30 petang.
Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Pejabat Perdana Menteri, di bangunan Perdana Putra, di sini kira-kira pukul 10.55 pagi tadi.
Beliau memasuki pejabat kali pertama menjawat jawatan itu sebagai persediaan untuk menyampaikan perutusan berkenaan.
Beliau sebelum itu bertolak dari kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort di Petaling Jaya. – UTUSAN ONLINE










