Pimpinan PN mesyuarat pagi ini - Utusan Malaysia

Pimpinan PN mesyuarat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin utama parti Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat di Publika, pagi ini.

Difahamkan, mesyuarat tersebut  bagi membincangkan barisan kepimpinan kerajaan setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Antara yang hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung STAR, Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.

Turut difahamkan Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin lalu selepas kehilangan sokongan majoriti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN