Perutusan khas PM 12.30 tengah hari - Utusan Malaysia

Perutusan khas PM 12.30 tengah hari

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Facebook Perdana Menteri sebentar tadi.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Alhijrah.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Selesai menghadap baginda, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Difahamkan beliau akan membuat pengumuman itu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya