Penjenayah ada 20 rekod lampau diberkas pecah masuk kedai - Utusan Malaysia

Penjenayah ada 20 rekod lampau diberkas pecah masuk kedai

SUSPEK pecah kedai serbaneka yang ditahan polis di sebuah bilik di Seri Petaling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak serik. Seorang lelaki dengan 20 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah ditahan polis selepas memecah sebuah kedai serbaneka di Sri Petaling di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu disedari oleh seorang pekerja wanita yang mendapati pintu jeriji di bahagian belakang kedai itu dirosakkan dan ruang dalam kedai berselerak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, susulan itu, satu laporan polis dibuat pekerja wanita berusia 29 tahun pada pukul 1.22 petang hari sama.

Katanya, berpandukan analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, sepasukan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields berjaya mengesan kedudukan suspek.

“Pasukan polis kemudian menyerbu sebuah bilik dan menahan suspek berusia 38 tahun itu pada pukul 6.25 petang di Jalan Radin Anum 2, Seri Petaling, semalam.

“Turut dirampas, pakaian yang dipakai dan peralatan yang digunakan lelaki itu ketika memecah masuk kedai serbaneka berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Basri berkata, semakan mendapati suspek 20 rekod jenayah antaranya mencederakan orang, pecah rumah, curi, ragut dan curi dalam bangunan.

Jelasnya, suspek direman tiga hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(4) dan Seksyen 17 Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya