Penjawat awam perlu laksana tugas seperti biasa - Utusan Malaysia

Penjawat awam perlu laksana tugas seperti biasa

MOHD. KHAIRUL ADIB ABD. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjawat awam di seluruh negara perlu melaksanakan tanggungjawab seperti biasa walaupun negara berdepan perubahan landskap politik ketika ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, perubahan landskap politik semasa tidak sewajarnya mempengaruhi perjalanan penyampaian sistem perkhidmatan awam.

Beliau berkata, perkhidmatan awam adalah jentera dalam sistem pentadbiran negara dan ia perlu ditadbir urus bagi membolehkan dasar dan program negara berjalan dengan lancar.

“Semua penjawat awam adalah diingatkan supaya tidak terlibat dengan polemik politik semasa.

“Kita perlulah sentiasa berpegang kepada prinsip neutral dan tidak berpolitik. Kesetiaan penjawat awam adalah kepada raja, negara dan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Katanya, tidak kira bertugas di mana jua, penjawat awam mesti memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Khairul Adib berkata, ketua-ketua jabatan telah diarahkan untuk melaksanakan tugas selari dengan dasar semasa yang telah ditetapkan.

Menurutnya, semua perancangan di bawah dasar sedia ada seperti pelaksanaan projek pembangunan, perancangan program menangani pandemik Covid-19 dan program vaksinasi serta program pemulihan negara dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang telah ditetapkan.

“Kita yakin semua anggota perkhidmatan awam mampu untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN