Jabatan Pertanian laksana SPBT bagi menjamin ketulenan benih padi

Jabatan Pertanian laksana SPBT bagi menjamin ketulenan benih padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pertanian telah melaksanakan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) dan Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) bagi menjamin ketulenan sesuatu varieti.

Jabatan Pertanian Malaysia berkata, ia juga bagi memastikan benih yang dijual adalah baka berkualiti yang dapat memberikan pengeluaran hasil tanaman yang baik dan sekali gus dapat mengatasi cabaran ekonomi ketika pandemik Covid-19 ini. 

Ini merangkumi jaminan bahan tanaman tulen dan berkualiti yang mana hanya dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan.

“Bahan tanaman yang tidak tulen dan tidak berkualiti akan merugikan petani kerana hasil diperolehi selepas bertanam tidak seperti yang diharapkan.

“Pengesahan bahan tanaman merupakan langkah kawalan kualiti terhadap pengeluaran, pengedaran, pembekalan dan penjualan anak benih. 

“Malah ia dinilai dari segi ketulenan baka, fizikal dan tahap kesihatan di mana ia bebas daripada penyakit serta tahap kecergasan dan keupayaan percambahan yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, pegawai pemeriksa yang kompeten turut dilantik bagi memperakukan bahan tanaman memenuhi standard yang ditetapkan dan melaksanakan prosedur membabitkan permohonan pendaftaran peserta, pemeriksaan pokok induk atau bahan tanaman, pemeriksaan pematuhan kepada peraturan dan standard, pemantauan nurseri berjadual dan makmal pengujian.

“Kepada pengusaha industri nurseri, boleh mendaftar secara sukarela tanpa sebarang bayaran dengan Jabatan Pertanian Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya