'MP UMNO dalam PN, ruang dan tempat kalian dalam parti tidak pernah hilang' - Utusan Malaysia

‘MP UMNO dalam PN, ruang dan tempat kalian dalam parti tidak pernah hilang’

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pemimpin UMNO yang masih memberi sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus kembali dan bersatu hati dengan keputusan yang dicapai parti itu.

Penyatuan dan kerjasama dengan PN hanya salah satu medium bagi UMNO terus berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan teragak-agak mengkritik sekiranya kerajaan itu gagal.

Dalam satu kenyataan akhbar, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memanggil rakan-rakan seperjuangannya di dalam parti itu untuk kembali bersatu hati dan menyelesaikan kemelut dalaman UMNO.

“UMNO mesti kembali bersatu hati. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO di dalam PN, ruang dan tempat kalian dalam parti tidak pernah hilang.

“PN itu tidak lebih dari sekadar ruang untuk UMNO menyumbang kepada bangsa dan negara. Kita menyokongnya apabila wujud kebaikan yang jelas kepada bangsa dan negara. Kita sanggah saat ia gagal dan sudah tidak berada di landasan yang betul,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, UMNO berdepan krisis dalaman apabila terdapat beberapa ahli pimpinannya yang tidak bersetuju dengan penarikkan sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dengan penarikkan sokongan itu, Perdana Menteri dan kerajaannya hilang sokongan majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan.

Mohamed Khaled berkata, perjuangan UMNO adalah lebih daripada sekadar mahu mendapatkan jawatan dan pangkat.

“UMNO mesti segera bersatu hati dan mengeratkan semula perpaduannya di semua peringkat sama ada ahli, pemimpin apatah lagi ahli-ahli Parlimen. Kita mesti kembali menjadi parti yang kuat, bersatu dan memfokuskan kepada perkara yang betul.

“Namun seperti yang telah saya tegaskan berulang kali, perjuangan, kekuatan dan pendirian parti adalah lebih besar dan lebih utama dari segala kedudukan dan jawatan mana-mana individu serta personaliti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN