Kerjasama Malaysia-China masuk fasa strategik baharu - SPPP

Kerjasama Malaysia-China masuk fasa strategik baharu – SPPP

YEOH Soon Hin (tiga dari kiri) ketika sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan Malaysia-China di George Town, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerjasama perniagaan antara Malaysia dan China dijangka memasuki fasa strategik baharu yang lebih bernilai tinggi di peringkat serantau, selari dengan perkembangan landskap perdagangan global semasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, momentum tersebut dipacu melalui pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Katanya, kedua-dua inisiatif itu membuka ruang luas kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, khususnya dalam aspek pelaburan, logistik serta integrasi rantaian bekalan serantau.

“Pelaksanaan RCEP telah mewujudkan kawasan perdagangan bebas terbesar dunia yang merangkumi kira-kira 30 peratus populasi global serta jumlah keluaran ekonomi dan perdagangan dunia.

“Perkembangan ini menyediakan peluang luar biasa kepada Malaysia dan China untuk memperluas kerjasama perniagaan secara lebih mendalam dan tersusun,” katanya di sini, hari ini selepas sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan Malaysia-China yang turut membincangkan peluang pelaburan rentas sempadan dan cabaran perdagangan global. Turutu hadir, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China, Loo Kok Seong.

Katanya, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala pada 2025 dijangka melebihi AS$450 bilion.

“Pelaburan terkumpul China di Malaysia yang melepasi AS$60 bilion turut menyumbang kepada peningkatan industri serta penciptaan peluang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Kok Seong berkata, pihaknya akan terus memainkan peranan sebagai penghubung utama bagi memudah cara kerjasama perniagaan berkualiti tinggi.

Fokus diberikan kepada membantu syarikat tempatan dan antarabangsa memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam rantaian bekalan serantau yang semakin kompetitif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN