Anwar terima kunjungan Chen Yixin, perkukuh hubungan Malaysia-China

Anwar terima kunjungan Chen Yixin, perkukuh hubungan Malaysia-China

ANWAR Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri China, Chen Yixin. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri China, Chen Yixin yang melakukan lawatan ke Malaysia sebagai kunjungan rasmi pertamanya ke negara ini.

Beliau berkata, perbincangan tertumpu kepada hubungan bilateral khususnya dalam aspek kerjasama keselamatan antara kedua-dua negara selain menyentuh situasi geopolitik semasa dunia yang menuntut kerjasama erat.

Menurut Anwar, kedua-dua negara bertekad memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia-China bagi memastikan keselamatan dan kestabilan rantau terus terpelihara.

“Mendepani cabaran masa hadapan, kedua-dua negara bertekad memperkasa hubungan diplomatik serta kerjasama keselamatan agar kemakmuran dari aspek sosial dan ekonomi yang dinikmati rakyat kedua-dua negara terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengalu-alukan kehadiran Yixin ke Malaysia yang disifatkan sebagai rakan akrab negara ini.

“Sebagai rakan akrab Malaysia, kehadiran tokoh kepimpinan tinggi dari kerajaan China amat dihargai oleh saya dan seluruh jentera Kerajaan Madani.

“Moga kemajuan yang dicapai bersama dalam pelbagai aspek akan terus menjadi dorongan untuk memacu hubungan akrab Malaysia dan China,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×